kerana aku seorang wanita..
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku..
kerana aku seorang wanita..
ingin disayangi itu fitrah diriku..
kerana aku seorang wanita..
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki..
kerana aku seorang wanita..
emosiku selalu mengatasi logik akalku..
kerana aku seorang wanita..
air mata teman setiaku..
kerana aku seorang wanita..
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi..
DAN..
kerana aku seorang wanita..
aku damba pertolongan darimu Adam..
peliharalah bicaramu denganku..
jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku..
kerana aku seorang wanita..
akhlakmu ukuran dimataku..
peliharalah akhlakmu dan imanmu..
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu..
kerana aku seorang wanita..
maka peliharalah susunan kata-katamu..
kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah..
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar..
kerana aku seorang wanita..
peliharalah dirimu dari mencemuhku..
saat titisan jernih mengalir dari mataku..
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali..
kerana aku seorang wanita..
aku memang sangat peka..
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool'..
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami..
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan..
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami..
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan..
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami..








0 comments:
Post a Comment